Bye-Bye My Proton Persona

by dorsett pink, March 24, 2025

Assalamualaikum korang. Salam Ramadhan. 

Hari ini 24 Mac 2025, aku baru nak start menulis di tahun 2025 bagi Blog dorsettpink.com . huhu... Lambat nya... 

Tapi begitulah ragamnya bila dah nak dekat-dekat umur pencen ni. hahahaha. 

Dah nampak dah ura-ura akan berpencen dari menjadi blogger. hahahaha.

So, untuk permulaan, aku nak mengucapkan Salam Ramadhan al-Kareem buat semua pembaca blog dorsettpink.com . Selagi belum Aidilfitri, jadinya ku kira masih belum terlambat untuk aku mengucapakn Selamat Berpuasa buat kalian semua. hihi.

Sebenarnya ada banyak sangat benda aku nak share dengan korang. Tapi aku tak sempat nak tulis semuanya hari ini. Jadinya, aku share la satu-satu dulu k.

***************************************************

So, untuk permulaan Tahun 2025, aku & keluarga kecilku membuka tirai, aku nak share dengan korang pasal Kereta Proton Persona aku. 

Aku nak catatkan kat sini tentang kisah Proton Persona aku ni, supaya nanti kelak bila aku tua-tua bolehlah aku baca balik kisah kehidupan aku masa muda-muda ni.hihi. Kalau tak tulis, nanti kenangan tu semua hilang dibawa angin bayu. hahahhaa. 

proton persona

Ini ialah kereta kesayangan aku - Proton Persona Coklat, yang en.suami aku belikan atas nama aku pada tahun 2019, ketika aku dah habis tulis tesis PhD aku. Aku bagi nick name kereta ini ialah kereta 'Kereta Coklat'.

Sebelum tu aku pakai kereta Hyundai Matrix warna biru. So, sepanjang buat PhD , Hyundai Matrix Biru menjadi peneman setia aku untuk kemana-mana sahaja dalam perjalanan buat research dan menikmati kehidupan peribadi. Hyundai Matrix Biru tu kereta second hand. 

Dan anak pertama aku, Kakak FL menjadi anak saksi keberadaan kereta itu tapi masa tu dia kecil lagi. 

Aku sayang kereta tu, tapi dek kerana kesibukan rutin aku sebagai seorang rsearcher dan baru menjadi ibu masa tu, aku tak sampai terlupa nak ambil gambar dengan kereta Matrix Biru tu. Sekarang baru menyesal tak ada gambar langsung dengan kereta Matrix tu. huhu. 

So, untuk kali ni, aku memang nak tulis catatan pasal kereta aku. Kalau tak, nanti menyesal pulak buat kedua kalinya. So, aku ambil gambar banyak-banyak dengan kereta Persona Coklat ni. 

Kereta ini dibeli secara Tunai (tapi second hand, but condition masih OK, dan mileage baru beberapa km jer, tak banyak pun), jadi keseluruhan kondisi kereta ni sangatlah TIP-TOP masa kami beli dulu-dulu. Kereta ni dibeli di Kedai Kereta Second Hand di Kajang. En.Suamiku usha-usha through internet jer. 

proton persona



Proton Persona
Tahun 2024, kereta ni selalu keluar-masuk bengkel kereta sebab ada banyak benda yang kena tukar, antaranya ialah tayar kereta dan macam-macam lagi.

proton persona

Kereta ini juga pernah kena banjir kat rumah lama aku dulu. Tapi walaupun kena banjir, kondisinya masih lagi OK & awesome. Aku sangat berpuas hati. Dan yang paling penting aku suka kereta ni punya boot. Fuhhh! Besar sangat, sangat sesuai untuk aku yang suka bawa banyak barang ni, especially  wajib bawak stroller kemana sahaja pergi.

Tapi disebakan kereta ni berusia sejak tahun 2016, jadinya, en.suami aku decide nak let go kereta coklat ni dan membeli kereta baru. So, permulaan tahun 2025, kami membuka tirai dengan membeli KERETA BARU 😍.

Kalau tak let-go sekarang, nak tunggu lagi 2-3 tahun, kereta tu mungkin dah tak ada nilai di pasaran dan kami tak mendapat bayaran (duit) yang banyak bila jual kereta ni. So, better let -go sekarang.

proton persona
Inilah dia kereta baru aku. Masa ni baru keluar dari Kedai Kereta Proton (Proton Dealer), kat Setapak, KL.


proton persona

proton persona
Plastik di semua tempat. Masa ni memang betul-betul bau kedai.

proton persona
Leeya & Leesa ikut aku pergi ambil kereta ni kat kedai.


Disebabkan aku suka sangat dengan Proton Persona sebab boot dia besar, jadi bila en.suami "awak nak kereta apa?", aku terus jawab nak Kereta Persona juga. 

Sebenarnya aku tak nak jual kereta Persona Coklat tu, tapi disebabkan en.suami nak jual juga, jadi aku redho sajala. Sebab aku tahu dia akan bagi aku benda yang lebih baik lagi. Kebiasaannya begitulah. Aku percayakan dia. 

Tup-tup betul. Dia nak beli kereta baru dan dia bagi aku choice untuk pilih kereta. Alhamdulillah! Syukur, Allah kurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab untuk ku. 

proton persona
Jadi, inilah dia Kereta Proton Persona baru aku. Warna Silver. 

proton persona
Ini kat belah dalam. Semuanya berplastik.

proton persona
Kereta tak tunggu lama, hanya 2 hari je masa menunggu sebab en.suami aku mencari kedai yang dah ada Ready Stock Kereta Proton Persona warna silver. 2 hari tu pun masa yang diambil untuk proses urusan jual-beli & 'documentation'.

Alhamdulillah! Aku sangat happy dengan kereta baru ni. Sekarang usia kereta ni dah 3 bulan dah. Alhamdulillah! Anak-anak pun gembira dan selesa. 

Terima kasih you all kerana sudi baca sampai habis. Nanti aku update lagi k.

Selamat berbuka puasa semua.




SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE